Sebagai seorang penghantar makanan, pasti kita berusaha memastikan setiap bungkusan makanan dapat dihantar terus kepada pelanggan tanpa sebarang halangan.
Namun, nasib tidak baik didakwa menimpa salah seorang penghantar makanan yang ditahan polis disebabkan bungkusan makanan yang dihantarnya.
Menerusi perkongsian oleh saudara Ray di laman Twitter, seorang penghantar makanan dipercayai telah ditahan polis hanya kerana satu bungkusan donut yang disangka dadah.
Hahahah aduh buat pasal betullah orang yang jual donut packing gula macam tu . Tak pasal menggelupur orang yang delivery tu dengan polis . 😹 pic.twitter.com/ccaAVDxLpy
— Ray (@HassrayMohamad) April 28, 2020
Bungkusan tersebut dikatakan disalah anggap sebagai dadah kerana donut itu telah diasingkan bersama beberapa bungkusan gula.

Sumber: Ray/Hassray Mohamad