Siakap Keli
Gambar: Pos Malaysia Berhad

Pos Malaysia Tawar Peluang Individu Ingin Jadi “Pos Rider”, Komisyen Sehingga RM 6000

Pos Malaysia Berhad membuka peluang kepada orang ramai yang memiliki van untuk menyertai Pos Rider di seluruh Malaysia.

Tawaran itu terbuka bagi mereka yang berminat untuk menambah pendapatan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Syarikat itu menawarkan komisen sehingga RM6,000 bagi ejen sepenuh masa untuk serahan item Pos Laju.

Antara kriteria lain yang diperlukan adalah;

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Memiliki van atas nama sendiri atau syarikat
  3. Memiliki lesen memandu penuh GDL
  4. Memiliki telefon pintar Android 5.0 ke atas

Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi borang ini manakala untuk maklumat lanjut, layari https://www.pos.com.my/

Sumber Pos Malaysia Berhad

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.