Siakap Keli

Terus Berbakti, Ustaz Ebit Lew Sumbang 3 Mesin Basuh Buat Banduan Penjara Kajang

Meskipun sebelum ini pernah dikecam oleh beberapa pihak yang tidak menyenangi kerja amalnya, namun pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew tetap istiqamah meneruskan langkah berbakti kepada masyarakat.

Hari ini Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah di Facebook tentang ziarahnya ke Penjara Kajang serta sumbangan berupa fasiliti penjara.

Bukan sahaja dapat menyalurkan bantuan, malah Ustaz Ebit Lew berpeluang bersemuka dengan banduan-banduan tersebut atas keizinan dan kerjasama pihak penjara.

Mari kita hayati perkongsiannya ini.

Gambar: Facebook

Melangkah ke sel banduan akhir.. Jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang.

Sebak tadi masa hadiahkan 3 mesin basuh 25 kg ke Penjara Kajang. Dapat jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang.

Baru mula beri sedikit nasihat dan doa semua menangis teruk tadi. Masa cerita perjuangan Nabi saw dan keluarga. Sebut tentang mak ayah.

Gambar: Facebook

Mereka semua kenal saya. Happy sangat mereka. Menangis semua terharu. Muka semua bersih jer. Dahi hitam-hitam. Sujud atas sejadah dan simen agaknya.

Tapi air mata mereka saya rasa macam mutiara. Sebak tengok mereka menangis.

Ada seorang banduan hafiz alim masa baca Al-Quran tadi. Merdu sangat bacaannya. Dia menangis masa baca. Ramadhan ini terasa sampai ke hati bacaannya.

Gambar: Facebook

Semua menangis waktu saya tanya tentang mak ayah. Beliau banyak berdakwah dalam penjara dan membantu rakan lain.

Hj Abdul Halim Tuan Pengarah dan semua warden ingin menjadikan penjara seperti universiti.

Ribuan baju PPE dihasilkan dah. Syukur dapat hantar banyak hospital.

Mereka juga buat karipap dan roti sendiri. Dapat infak dijalan Allah. Siapa nak beli pun boleh. 10 ribu karipap sehari mereka hasilkan-ebitlew

Tiga buah mesin basuh berkapasiti 25 kilogram disumbangkan olehnya kepada pihak Penjara Kajang. Gambar: Facebook

Dalam pada itu, seorang warga pengurusan Penjara Kajang turut menzahirkan rasa terharu dan terima kasih buat Ustaz Ebit Lew atas kesudiannya menyumbangkan mesin basuh tersebut untuk kegunaan penghuni penjara.

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.