Perjalanan rentas negeri termasuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang diumumkan sebentar tadi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, bagaimanapun perjalanan rentas negeri hanya dibenarkan untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.
”Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.
Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan,” kata beliau.
PKPB yang diumumkan oleh kerajaan bakal melibatkan pembukaan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial bermula 4 Mei ini kecuali beberapa aktiviti yang
melibatkan perhimpunan ramai, dan mendedahkan orang awam kepada
risiko jangkitan wabak masih tidak dibenarkan.
TERKINI : Perjalanan pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan termasuk untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kebenaran perjalanan hanya diberi jika terdapat keperluan penting seperti SOP sebelum ini :PM @MuhyiddinYassin
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) May 1, 2020
https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/2416127955156643
Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri