Siakap Keli

Gadis Kongsi ‘Petua’ Pembuka Rezeki Paling Mustajab

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi.

Perkongsian Najihah Shahrel mengenai satu tips berkaitan dengan rezeki boleh dipraktikkan dan menjadi amalan.

Menurut Najihah, beliau mengatakan bahawa teruskanlah amalan menderma jika kita merasakan yang rezeki kita sempit atau berada dalam keadaan yang susah.

“Tak perlu jumlah yang banyak, cukup sekadar mana awak mampu. Yang penting, nawaitu,” kata Najihah.

Kata Najihah lagi, rezeki itu tidak semestinya hanya terhad dalam bentuk wang. Namun, ianya ada dalam pelbagai bentuk seperti kesihatan, kebahagiaan dan dikelilingi oleh orang-orang baik.

“Dalam hidup saya, rezeki kesihatan bukan milik saya kerana saya senang sakit. Saya masih muda tetapi kesihatan saya seperti 50++ tahun (itulah yang diberitahu oleh doktor saya) tetapi saya dikelilingi orang yang baik, tidak berkira dan selalu ada untuk saya,” ujarnya.

Sumber: Najihah Shahrel

Adib Mohd

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.