Siakap Keli
Gambar: PDRM Lenggong Perak

“Kami Simpan Sat, Merdu Sangat Bunyinya Sampai Ke Balai” – PDRM Lenggong Perak

Aktiviti bermain mercun atau bunga api semestinya tidak asing lagi dilakukan ketika di bulan Ramadan. Ianya seolah-olah sudah sebati dengan bulan mulia ini dan ada sahaja penjualannya yang dilakukan.

Namun, tidak dinafikan ada juga yang cuba menghasilkan mercun buatan sendiri. Menghasilkan meriam ini adalah salah kerana bukan sahaja boleh mengganggu ketenteraman orang ramai malahan boleh mendatangkan kecederaan kepada pemilik meriam itu.

Baru-baru ini, tular di laman sosial Facebook berkenaan satu post yang dikongsi oleh PDRM Lenggong Perak.

Sekumpulan pegawai polis menjumpai satu meriam kabait namun seperti telah ditinggalkan oleh pemiliknya.

Dikhabarkan juga bunyi yang dihasilkan oleh meriam terbabit sangat kuat sehingga boleh didengari sampai ke Balai Polis Lenggong.

“4 Mei 2020, kepada Pemilik Meriam Kabait ini, jika mahu menuntutnya sila ke Balai Polis Lenggong,” kata PDRM Lenggong.

“Kami simpan sat, merdu sangat bunyinya tadi sampai ke Balai…,” katanya lagi.

Gambar: PDRM Lenggong Perak
Gambar: PDRM Lenggong Perak

Sumber: PDRM Lenggong Perak

Adib Mohd

Nur Farra