Siakap Keli

KKM Mungkin Ada Perancangan Baru – KP Kesihatan

Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mungkin akan merangka satu perancangan baharu dalam meneruskan ‘perjuangan’ mengekang penularan COVID-19.

“Ini adalah satu dugaan dan cabaran buat kita semua, tapi apa yang pasti kita adalah pertahanan terakhir untuk mengelakkan satu bencana besar kepada negara iaitu kematian dan pertambahan kes.

“Kita mungkin akan melihat balik dalam tempoh seminggu dua untuk adakan perancangan yang baharu iaitu restrategies tenaga kerja, peralatan, hospital, makmal dan kesihatan awam.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan, bukan sahaja KKM tapi (juga) melibatkan PDRM, ATM, imegresen, NGO dan sebagainya yang telah banyak bekerja keras untuk memastikan pencapaian kita hari ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam Sidang Media Harian, hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke 30.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.