Siakap Keli
Gambar: ashrafmuslim

“Kami Disiplin Kan Diri Kami Untuk Beribadah Kepada Allah” – Ashraf Muslim

Umum telah mengetahui bahawa selebriti terkenal Ashraf Muslim telah disahkan dijangkiti dengan virus maut Covid-19.

Susulan daripada itu, beliau kini sedang menerima rawatan di Pusat Kawalan Kusta Negara Sungai Buloh semenjak dia telah disahkan positif pada 12 April lalu.

Menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, dia sempat menyatakan kesyukurannya kerana diberi peluang untuk mendisiplinkan diri beribadah kepada Allah S.W.T. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Hari ni hari yang ke-24, dan AM masih berada di Wad 21 nih. Macam-macam pengalaman, macam-macam cerita disini. Nikmat yang diberikan oleh Allah tidak terhingga bila ada bersama-sama pesakit Covid disini.

Kami disiplin kan diri kami untuk beribadah pada Allah swt. Apa lagi yang kami boleh buat disini. Inilah masanya dengan peluang yang Allah berikan untuk kita semua merasai api cinta denganNya.

Kan seronok kalau kita betul-betul merasainya. Kawan-kawan jangan sia-siakan masa kita di bulan ramadan ini. Allah sentiasa menanti akan doa kita. Bersujudlah, mengadulah padanya dan bersunguh-sungguhlah untukNya.

https://www.instagram.com/p/B_zJrSNDmyx/

Dalam pada itu, beberapa rakan artis yang lain juga turut tidak ketinggalan memberi kata-kata semangat kepadanya dan mendoakan agar diberi kesembuhan secepat yang mungkin.

Sumber: ashrafmuslim

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa