Anda sering berasa mengantuk dan lelah ketika di tempat kerja atau melakukan sesuatu. Tapi sebaik sahaja melangkah ke tempat tidur tiba-tiba perasaan mengantuk itu hilang dan anda tidak dapat melelapkan mata. Ini tiada kaitannya dengan anda mengalami insomnia atau tidak merasa letih. Perkara seperti ini mungkin berlaku kerana kita berada di tempat tidur kita sendiri.
Menurut TIME, ramai orang yang mempunyai masalah sukar untuk tidur di tempat sendiri daripada tempat lain disebabkan oleh perkara tersebut telah dikawal oleh anda sendiri. Ransangan yang berlaku ini bertindak apabila anda dengan tidak sengaja melatih otak dan badan anda untuk terjaga ketika di tempat tidur.
Banyak perkara yang berlaku akibat daripada melakukan aktiviti meransang ini di tempat tidur anda. Sebagai contoh, ketika anda telah berada di tempat tidur dan bersedia untuk tidur. Namun, anda menghabiskan masa tersebut dengan menonton filem atau drama dan menghabiskan masa selama 40 minit sebelum anda menutup mata. Perkara ini akan mengajar otak anda bahawa tempat tidur anda bukanlah tempat untuk anda tidur.
Dapat dijelaskan disini, apabila kepala anda berada di atas bantal. Badan anda akan bertindak balas untuk mengikuti episod seterusnya. Perkara yang sama akan berlaku ketika anda melakukan hal-hal lain seperti makan dan membaca di tempat tidur.
Ada beberapa faktor lain yang mendorong anda terjaga pada waktu malam. Misalnya, anda memikirkan hal yang berlaku sepanjang hari anda.
Menurut American Psychological Association(APA), kurangkan perbuatan yang boleh mendorong anda kepada tabiat tidur yang buruk dan cuba menjadikan tempat tidur anda hanya sebagai tempat untuk anda tidur. Sekiranya anda mengalami sukar untuk tidur malam. Cuba anda mencari satu cara lain untuk dibuat sebelum anda tidur. Anda tidak dibenarkan untuk bermain telefon pada saat akhir sebelum masuk tidur.
Tetapi, jika anda telah mengambil masa lebih daripada 20 minit untuk memaksa diri anda melelapkan mata. Cuba anda pindah kepada bahagian ruang yang lain sehingga ada merasa mengantuk kembali. Mungkin, cara ini dapat menghentikan otak anda daripada merasa gelisah.
Kesannya tidaklah terlalu cepat. Tapi, dengan cara ini anda akan mendapat satu rutin harian yang baru. Anda akan melatih tubuh dan otak anda untuk mengikuti corak hidup yang lebih sihat. Namun, mengawal ransangan saja tidak selalunya memberikan anda kesan. Kepada mereka yang mempunyai keadaan insomnia dan kegelisahan atau melalui faktor genetik dalam kes ini anda memerlukan pertolongan profesional dalam bidang perubatan untuk anda mendapatkan tidur yang lebih baik.
Sumber: Mental Floss.com