Siakap Keli

Vietnam Catat Sifar Kes Baru COVID-19 Untuk 21 Hari Berturut-Turut

Vietnam tidak merekodkan sebarang kes baru jangkitan COVID-19 selama 21 hari berturut-turut setakat ini dan jumlah kes masih kekal sebanyak 271 kes.

Kenyataan tersebut diumumkan oleh Jawatankuasa Panduan Nasional Untuk Kawalan dan Perlindungan COVID-19 pada pagi ini.

Daripada jumlah tersebut, 131 kes daripadanya adalah kes import dan mereka telah menjalani tempoh kuarantin sebaik sahaja tiba di negara tersebut.

Setakat ini, 232 pesakit atau 86 peratus daripada keseluruhan kes telah sembuh dan discaj.

Baru-baru ini, kerajaan Vietnam melulusan untuk membuka semula sesi persekolahan selepas ditutup serta-merta hampir tiga bulan sejurus kes pertama COVID-19 dilaporkan di sana.

Walaupun para pelajar boleh kembali menjalani pengajian seperti sediakala, namun pengawasan kesihatan masih dijaga dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Setiap seorang daripada mereka akan diperiksa suhu badannya sebelum dibenarkan memasuki pagar sekolah.

Manakala di dalam kelas pula, tahap kondisi kesihatan masing-masing akan direkodkan serta alat sanitasi tangan turut disediakan di beberapa lokasi dalam kawasan sekolah.

Tidak kurang juga, amalan penjarakan sosial turut dijalankan melalui susunan tempat duduk yang diasingkan.

Sumber: Vietnam News Agency

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.