Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Covid-19: Putrajaya, KL Dan 4 Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes setakat jam 12 pm, 8 Mei 2020.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang terdapat di laman Facebook miliknya, empat negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja yang mencatatkan pertambahan kes baru.

Antara negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kes positif Covid-19 pada hari ini adalah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, dan Sarawak.

Menerusi maklumat tersebut, Negeri Sembilan mencatatkan pertambahan kes tertinggi untuk hari ini iaitu sebanyak 53 kes disusuli dengan Selangor dan Wilayah Persekutuan yang mencatatkan 6 kes positif manakala Wilayah persekutuan Putrajaya, Pahang dan Sarawak masing-masing mencatatkan 1 kes positif Covid-19.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa