Siakap Keli
Gambar: CBS News

Rintihan Seorang Ibu Selepas Anak Perempuannya Meninggal Dunia Kerana COVID-19

Zenobia Shepherd kehilangan anak perempuannya, Leilani Jordan, berumur 27 tahun yang menjadi korban wabak COVID-19 pada 1 April lalu.

“Saya akan merindui anak perempuan saya untuk selamanya sehingga saya berjumpa dengannya semula,” kata Zenobia.

Menurut AJPlus, Leilani bekerja sebagai seorang pekerja pasar raya. Ibunya mengatakan bahawa Leilani seorang yang sangat komited dalam kerjanya itu.

Hari terakhir Leilani bekerja pada 16 Mac 2020, Zenobia mendedahkan pasaraya itu membiarkan para pekerjanya tanpa prosedur keselamatan yang baik.

“Mereka tiada hand-sanitizer untuk pekerja. Mereka tiada topeng muka atau apa sahaja.”

Zenobia mengatakan bahawa ketika masih sakit, anaknya itu tidak sabar mahu kembali semula bekerja. Dia mahu kembali bekerja agar dapat membantu warga emas membeli barang di pasar raya tersebut.

“Dia mati sebagai seorang hero, dia ialah pahlawan saya, dia selalu meletakkan dirinya yang terakhir. Dia pergi sebagai seorang pejuang, menjaga dan mengambil berat tentang orang yang susah, yang mudah terdedah,” kata Zenobia lagi.

Menurut CNN pula, sebelum Leilani meninggal dunia, dia tidak mampu bercakap. Tetapi, dia telah merakam ucapan selamat tinggal terlebih dahulu tanpa pengetahuan keluarganya.

Charles menjumpai satu video dengan mesej yang amat menyentuh hati.

“Dia membuat video ucapan selamat tinggal kepada kami semua, dan mengharapkan yang terbaik untuk semua orang,” kata Charles lagi.

Sumber: AJPlus, CNN

Adib Mohd

Nur Farra