Siakap Keli

Semua Pengawal Keselamatan Warga Asing Diwajibkan Jalani Saringan COVID-19

Semua pengawal keselamatan warga asing diwajibkan menjalani saringan swab test COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dipersetujui mesyuarat berikutan golongan tersebut mempunyai hubungan kontak yang begitu ramai.

“Terutama yang menjaga di pusat beli belah, pengawal keselamatan inilah yang akan check suhu badan, jadi tentulah hubungannya terlalu banyak dengan orang.

“Lebih-lebih lagi orang ramai yang masuk ke pusat beli belah itu tidak berdaftar, jadi sukar untuk buat pengesanan,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke 15.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'