Siakap Keli

Cara Nak Pesan Juadah Berbuka Secara “Online” Dari E-Bazar Untuk Yang Tinggal Di Selangor

Setiap tahun, tiap kali tibanya Ramadan, pasti korang terbayang-bayang kemeriahan bazar Ramadan kan?

Pelbagai juadah yang susah nak dapat di bulan-bulan lain, mudah ditemui ketika Ramadan. Macam rakyat Malaysia yang lain, korang mesti tak kisah untuk bersesak-sesak di bazar Ramadan, asalkan selera tekak dapat ‘dilayani’.

Martabak, roti john cheese, char kuey teow udang, sotong bakar, pelbagai jenis kuih-muih, dan bermacam-macam perisa air, memang wajib dibeli untuk mengisi perut selepas seharian berpuasa.

Tapi yang sedihnya tahun ni, feeling berkunjung ke bazar Ramadan tak lagi dapat dinikmati macam tahun-tahun sebelum ni.

Semua pun memang dah tahu, negara kita tengah berperang dengan pandemik COVID-19, jadi bazar Ramadan fizikal tak dibenarkan beroperasi untuk memutuskan rantaian jangkitan.

Rasa macam tak lengkap puasa kalau tak ada bazar Ramadan. Confirm, semua rasa benda yang sama kan. Tapi orang kata, kena move on. Hidup perlu diteruskan.

‘New Normal’, e-bazar ganti bazar fizikal

By the way, kami dengar Kerajaan Negeri Selangor ada menyediakan platform e-bazar khusus untuk warga yang menetap di Selangor. Ini memang satu berita yang sangat baik.

Macam ‘new normal’ la, sebab kita dah tak boleh pergi ke bazar macam biasa, kerajaan negeri tak nak lah Ramadan kali ni hilang ‘serinya’. Jadi, korang semua tetap dapat merasa kemeriahan berpuasa dan menikmati pelbagai juadah macam tahun yang sudah-sudah.

Cuma yang bezanya, korang membeli dari rumah, itu je. Tak perlu keluar atau berkumpul ramai-ramai, takut nanti COVID-19 hinggap dekat badan pula kan.

So, e-bazar tu macam mana? Kerajaan negeri melalui Menteri Besar Incoperated (MBI) membangunkan Platform Selangor (PLATS) iaitu berkonsepkan e-Kitchen yang mengumpulkan menu-menu yang disediakan peniaga bazar dan menyediakan kemudahan membuat tempahan juadah berbuka secara online untuk seluruh Selangor.

Bukan tu je, PLATS ni juga sebenarnya nak tolong peniaga-peniaga bazar, walaupun tak boleh berniaga di bazar fizikal, sekurang-kurangnya dapat berniaga secara online. So, tak la terjejas sangat income Ramadan tahun ni kan.

Tabik untuk kerajaan negeri sebab come out dengan idea gempak macam ni.

Pesan dihujung jari, makanan dihantar ke pintu rumah

PLATS menyediakan 12 lokasi e-Kitchen di seluruh Selangor. Setakat 30 April, e-Kitchen dah pun beroperasi di Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang. Lagi 6 lokasi, akan diumumkan kerajaan negeri dalam masa terdekat.

So, macam mana korang nak buat tempahan makanan. Macam yang kami cakap tadi, tempahan dibuat secara online di PLATS dengan melayari https://www.plats.com.my/.

Boleh rujuk infografik kat bawah kalau nak lagi faham.

Korang boleh buat tempahan makanan 9 pagi hingga 4 petang dan pesanan akan mula dihantar dari 4.30 petang hingga 7 malam.

E-hailing yang terlibat dengan PLATS adalah Grab, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch mengikut 12 lokasi yang disenaraikan.

Variasi menu, semua sedap-sedap belaka

Pelbagai jenis masakan disediakan oleh e-Kitchen PLATS. Memang meleleh air liur, macam-macam ada dan sedap belaka.

Kami dah try buka PLATS, bagi kami ia amat mudah untuk digunakan. Boleh dikatakan, menu-menu yang dijual di bazar Ramadan fizikal ada dijual di PLATS. Korang boleh layari PLATS disini untuk tengok menu-menu yang ada.

Selain hidangan utama, korang juga boleh tempah minuman, pencuci mulut dan pembuka selera.

Antaranya Martabak, Set Nasi (kari kambing, ayam, daging & kambing bakar), Nasi Kerabu (ayam & daging), Roti John, Daging & Keli Salai dan macam-macam lagi.

Kat bawah kami kongsikan antara menu-menu di beberapa lokasi yang ada ditawarkan di e-Kitchen PLATS.

Antara menu-menunya adalah martabak, Chicken Wing, Nachos dan Set Nasi Kambing.

Untuk korang yang berada di Puchong, menu-menu yang korang boleh pesan antaranya Nasi Kerabu, Nasi Ayam, Roti John dan Daging Salai.

Kalau korang tinggal di Bandar Utama pula, Set Nasi Kambing, Set Nasi Kari Kambing, Set Nasi Sup Kambing, Set Nasi Ayam Bakar dan Set Kerabu Daging antara menu korang boleh order.

Untuk kawasan Seksyen 7 Bangi pula, antara menu-menu yang disediakan adalah Ikan Keli Masak Salai, Telur Itik Masak Gulai Lemak, dan Ayam Masak Lemak.

Nasi Goreng Kampung, Nasi Kukus Ayam berempah, Nasi Ayam Butter, Gulai Kawah Daging dan Daging Bakar Danok antara menu korang patut cuba jika tinggal di kawasan sekitar Cyberjaya.

‘No bazar, no problem’, e-Kitchen PLATS kan ada

Jadi kat sini, kami dapat simpulkan ketiadaan bazar fizikal langsung tak mencacatkan sambutan Ramadan kali ini. Dengan PLATS, semua tu dah tak jadi masalah.

Lagi satu, korang boleh follow Instagram dan like Facebook PLATS untuk mendapatkan info-info terkini mengenai e-bazar ni.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.