Siakap Keli
Kredit: RTM

Kilang Ayam Di Negeri Sembilan & Sebuah Pasaraya Ditutup Selepas Ada Pekerja Positif COVID-19 – Ismail Sabri

Putrajaya, 9 Mei – Kerajaan telah menutup beberapa premis perniagaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pekerja mereka dijangkiti COVID-19.

Hal ini dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi.

“Pertamanya, di kilang ayam di Negeri Sembilan telah diarah tutup kerana pekerja mereka positif COVID-19. Keduanya, pasaraya di mana pengawal keselamatan didapati positif COVID-19 dan seterusnya tapak binaan di Jalan Ampang yang didapati positif COVID-19.

“Seperti saya tegaskan, jika berlaku positif COVID-19 dalam kalangan pekerja, Kementerian Kesihatan merasakan perlu ditutup premis perniagaan tersebut, makan kerajaan akan mengarahkan premis mereka ditutup.

“Ladang ayam dan pasaraya tersebut kita tutup untuk membuat saringan kepada pekerja mereka seterusnya membuat sanitasi di premis perniagaan,” katanya.

Ucapan mengenai hal ini bermula pada minit 17:36.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.