Siakap Keli

KKM Sahkan Daerah Rembau Kembali Jadi Zon Merah

Daerah Rembau, Negeri Sembilan kembali menjadi zon merah COVID-19 berikutan ada pertambahan pesakit positif dari kluster pekerja kilang di Pedas.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) di Twitter, setakat 8 Mei, seramai 60 kes telah disahkan positif (satu daripadanya telah sembuh) iaitu tujuh daripadanya adalah warganegara dan 53 lagi warga asing.

Punca jangkitan masih dalam siasatan, lapor kenyataan tersebut.

Sementara itu, KKM turut mengeluarkan infografik mengenai jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12 tengah hari, 8 Mei.

 

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.