Siakap Keli
Gambar: Bernama

PKPB: Ismail Sabri Ucap Tahniah Dan Terima Kasih Kepada Rakyat Kerana Mampu Disiplinkan Diri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gembira pematuhan orang ramai terhadap PKPB agak tinggi.

Menurutnya, pihak PDRM telah memaklumkan kepadanya bahawa tahap kepatuhan orang ramai pada PKPB adalah di sekitar 95 peratus.

 

“Walaupun sepatutnya lebih tinggi, tetapi oleh kerana ianya baru bermula, dan peringkat ini adalah peringkat menasihat, masih lagi di peringkat menasihat, pemantuhan orang ramai adalah agak tinggi”, ujarnya.

Tambahnya, walaupun tiada peraturan yang begitu ketat seperti PKP 1, PKP 2 dan PKP 3, tetapi orang ramai mulai sedar tentang peranan masing-masing untuk menjaga diri masing-masing.

Oleh yang demikian, beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus patuh akan SOP yang dikeluarkan kerajaan.

“Saya percaya kawalan kendiri telah pun mula dilaksanakan oleh rakyat kita. Saya bagi  pihak kerajaan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakyat kerana mampu untuk mendisiplinkan diri bagi menjaga keselamatan diri,” katanya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa