Siakap Keli
Gambar: Khairunnisa Hamzah

‘Stress’ Anak Sepahkan Mainan, Wanita Kongsi ‘Step’ Mudah Buat Sistem Pengurusan Mainan Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu bapa pada ketika ini pastinya mempunyai ruang dan peluang yang cukup untuk bersama dengan anak-anak di rumah.

Bagi ibu bapa yang sebelum ini bekerja sepenuh masa, mereka tidak mempunyai masa yang cukup bersama anak-anak, ini merupakan peluang yang terbaik buat mereka untuk memberi perhatian selain memahami tingkah laku anak-anak.

Yang pastinya, anak-anak kecil tidak akan pernah lelah untuk menyepahkan segala permainan mereka dan ini terkadang akan membuatkan ibu bapa ‘naik angin.

Bertenang, Khairunnisa Hamzah mempunyai penyelesaian mengenai masalah ini.

Marah anak sepahkan rumah?

Adakah ibu ayah sudah sediakan sistem untuk anak-anak bermain dan kemas barang semula?

Anak yang kecil tidak mengemas semula barang mainan kerana tidak tahu bagaimana kaedah untuk mengemas semula.

Kesian bukan, jika mereka terus dimarah atas sesuatu yang mereka sendiri tidak reti dan tidak pernah diajar?

Anak-anak yang masih rebung sangat mudah dilentur. Hanya dengan menunjukkan cara, mereka akan ikut sistem yang diajar kepada mereka.

Jadikan mereka sebahagian daripada sistem rumah.

“Budak kecil sangat laparkan ilmu dan sistem. Kalau kita tidak menyuap mereka, mereka akan sedut dari apa yang sampai di depan mereka. Tanpa tahu yang mana boleh di telan dan yang mana patut dielakkan” ini kata-kata seorang makcik kepada saya satu ketika dulu.

Lapar Ilmu.
Lapar sistem.

Maka rugi tak kalau kita tidak sistemkan mereka?

Semalam, Aiyraa tiba-tiba rajin mahu mengemas. Walau pun sistem ada, tapi kalau malas, itu masalah kedua.

Ceritanya, sejak PKP, Mommy Daddy buat sistem penyimpanan alat tulis dan mainan yang baru (anak-anak sukakan perubahan dan kelainan).

Gambar: Khairunnisa Hamzah

Sangkaan Mommy, pasti Aiyraa ambil masa untuk praktikkan sistem ini. Aiyraa 3 tahun.

Maka semalam, Aiyraa mahu tidur di atas katil. Tetapi penuh dengan alat tulis, mainan dan macam-macam peralatan di atas katil kerana tadi mereka baru lepas main adik-beradik.

Gambar: Khairunnisa Hamzah

Tanpa banyak bicara, Aiyraa ambil sikat, sepit dan minyak rambut yang tadinya dia main salon-salon dengan kakak, lalu dia simpan di troli kelengkapan diri.

Kemudian dia naik katil dan kemaskan pensil warna yang tadi dia warnakan bersama abang-abangnya dan letakkan di troli alatan tulis.

Seterusnya dia lipat selimut dan barang-barang baby sebab tadi dia jugalah yang main adiknya macam patung, lalu disimpan di tempat penyimpanan bawah katil baby.

Mommy buat-buat tengok tv. Sebenarnya terkejut melihat aksi dia.

Gambar: Khairunnisa Hamzah

Selepas kosong katil, dia tepuk bantal. Baring. Dan selimutkan badan sendiri.

Berjaya!

Ini bererti, si anak kecil berusia 3 tahun ini mampu follow sistem yang telah dibuat walau baru beberapa hari saja.

“Siapa nampak sepit kuku?” sebab tadi baru saja Daddy sepitkan kuku abang abang. Mana pula sepit kuku tadi.

“Aiyraa dah simpan kat troli sini, Daddy” jawab Aiyraa.

Nampaknya, apa yang dia jumpa, dia kutip dan dia tahu dekat mana patut di simpan.

Yang penting, kita sebagai ibu ayah, siapkan sistemnya.

“Kemas ni! Kemas balik semua ni!” Ramai yang jerit marah anak begini.

Anak terus diam, lalu melarikan diri.

Kita marah lagi.

Sebenarnya anak anak ini bingung. Macam mana mahu kemas? Mahu mula dari mana?

Tadi tazkirah pagi di tv, ustaz ada menyebut tentang adil. Adil lawannya zalim. Adil ini adalah selepas kita menyediakan. Zalim ini ialah bila kita tidak menyediakan.

Sebagai ibu ayah, kita mencorakkan anak-anak, bermula dari sistem di rumah.

Moga pagi ini dapat menjentik hati-hati kita semua untuk paksa diri wujudkan sistem pada rumah sendiri.

InsyaAllah.
Mommy doakan, semoga semua kita boleh melakukannya.

Buat dengan niat.
Niat kerana Allah taala 🥰

Tips kemas barang anak secara efisyen:
————————————————————–

Sediakan tempat penyimpanan ikut kategori hatta setiap barang permainannya. Contoh, mainan masak-masak bakul lain, mainan doktor-doktor bakul lain, lego bakul lain.

Gambar: Khairunnisa Hamzah

AWAS! Jangan satukan barang mainan dalam satu bakul besar. Kerana natijahnya, semata-mata mahu cari satu permainan, terpaksa telangkupkan satu bakul besar ke lantai!🤦

Gambar: Khairunnisa Hamzah

SHARE post ini jika bermanfaat untuk keluarga dan sahabat kita yang punya anak-anak kecil juga.
.
.
.
Stress itu suka datang berkunjung pada rumah yang tidak punya kaedah untuk menangani sesuatu masalah.

Siapa dah buat sistem pengurusan mainan anak, jemput share gambar di ruang komen🥰. Moga ramai boleh dapatkan ilham dan bermanfaat.
.
.
Mommy Dekor
Khairunnisa Hamzah
Penulis Buku Dekor Dekor Cinta
Pejuang Kediaman!
Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi
Rumah Kita, Kita Jaga
Rumah bersistem, tak pening kepala

Sumber: Khairunnisa Hamzah

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa