Sebelum ini pasti kita sering mendengar kisah-kisah individu yang maut ketika membuat aksi lasak, bukan?
Ada yang terkorban semasa melakukan lompatan tinggi, ada yang meninggal dunia kerana lemas ketika menyelam, malah tidak kurang juga, ada yang terkorban ketika membuat terjunan tinggi menggunakan payung terjun.
Rata-ratanya berakhir dengan kematian kerana impak nahas tersebut berada pada kadar yang tinggi.
Salah satu pihak yang paling sinonim dengan terjunan payung terjun ini adalah tentera.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Malaysia, anggota tentera yang membuat terjunan udara beberapa tahun dahulu, dilaporkan terkorban dalam satu kejadian nahas di Melaka.
Difahamkan, kematian tentera tersebut berpunca daripada sistem payung terjun tersebut gagal berfungsi, mengakibatkannya hilang keupayaan untuk terjun dengan selamat lantas terus jatuh di atas atap rumah orang.
Kisah benar ini dikongsikan oleh seorang warga Twitter, Starryshira menerusi halamannya baru-baru ini.
Mari baca bebenang ini satu persatu.
Ayah send gambar lama dia dulu, teringat lagi dia cakap kawan dia sama-sama terjun, payung dia tak terbuka, jatuh atas atap rumah orang, meninggal 🥺 pic.twitter.com/bjXOxjdtN5
— PENJUAL KASUT BUNDLE (@starryshira) May 12, 2020
Minta maaf tak clear, aku saja tweet, taktahu ada orang RT, kahkah. Ok bagi yang tanya. Kejadian tu dah lama dah. Ayah aku cerita, kawan dia yang meninggal nama Ab Razak ( Al Fatihah ) , payung terjun pelatih dia tak terbukak masa terjun, so kwn ayah ni kejar terjun nk selamtkn
— PENJUAL KASUT BUNDLE (@starryshira) May 12, 2020
Pelatih dengan jurulatih ( kawan ayah ) meninggal atas atap rumah orang di Pantai Tg Bidara. Ayah cakap kemungkinan meter rosak so parachute tak fungsi, sepanjang latihan ramai juga meninggal, ada yang jatuh dekat laut meninggal, ada yang kat atas dah "habis"
— PENJUAL KASUT BUNDLE (@starryshira) May 12, 2020
Ada yang payung terbelit kat leher. Ada yang landing dekat ladang pastu kena kejar kerbau. Ayah aku cakap, dia pernah baru je terjun, ingatkan dia dah takde, rupanya topi keledar dia terpusing 😂
— PENJUAL KASUT BUNDLE (@starryshira) May 12, 2020
Sebab tu ayah cakap, nak terjun ni banyak resiko, fizikal kena mantap n sihat. Ok tuje guys, aku pagi-pagi dah call ayah interview 😂 Ini ayah aku, Sjn Ahmad, jurulatih komando, tapi percayala, sikit pun tak garang 🥰 pic.twitter.com/Vobv3yRCz4
— PENJUAL KASUT BUNDLE (@starryshira) May 12, 2020
Pembetulan, pangkat ayahnya adalah Staf Sarjan (SSJN).
Walaupun pernah berkhidmat dalam barisan komando yang dianggap ‘garang dan ganas’, namun jelas gadis ini, ayahnya adalah seorang bapa yang sangat penyayang dan mesra.
Ramai tanya ye ke ayah tak garang 😆 yee, tak langsung! Aku relek panggil dia bro, dia panggil aku sis 😂 Doakan ayah tahun ni dah 63 sihat walafiat, boleh kayuh basikal jejauh tiap weekend. Aamiin! Love you ayah! pic.twitter.com/Ccbnuz7DPi
— PENJUAL KASUT BUNDLE (@starryshira) May 13, 2020
Sebaliknya, emaknya pula yang kelihatan lebih garang dan ‘komando’ berbanding si ayah.
Mak aku ye garang macam harimau. Penampar penyepak penendang hantuk kepala kat dinding pun pernah anak2 rasa. Sebenarnya ayah aku ke mak aku yang komando? 🥴
— PENJUAL KASUT BUNDLE (@starryshira) May 13, 2020
Ok guys last lah untuk malam ni, "siapa ikut jejak langkah ayah.?"
Disebabkan mak aku punya rimau banyak dekat kakak first, so dia lah yang ikut jejak ayah.
Gambar ini ayah tgh tepung tawar kakak sulong. Ok the end guys, sorry x jwb semua, noti penuh 😅 pic.twitter.com/Y2QnkTq3m8
— PENJUAL KASUT BUNDLE (@starryshira) May 13, 2020
Menurutnya, walaupun emaknya garang tetapi beliau tidak sempat ‘bergarang’ dengannya lama kerana emaknya telah meninggal dunia semasa umurnya 14 tahun.
“Untuk aku, mak aku tak sempat nak ‘merimau’kan aku, masa form 2 mak dah pergi buat selama-lamanya. Duduk dengan ayah memang dimanjakan. Ayah suruh meniaga macam mak, so here I am..”
Kini, gadis ini sedang giat menjalankan perniagaan kasut bundle secara atas talian di Instagram.
Ada netizen yang terkeliru dengan cerita ini, namun gadis ini menerangkan kembali dengan jelas.
Kematian anggota tentera tersebut melibatkan seorang jurulatih dan seorang pelatih, kedua-dua mereka adalah rakan ayahnya.
Kawan ayah, jurulatih dan pelatih terkorban, jurulatih tengok payung pelatih tak terbuka, so jurulatih kejar pelatih dan payung still tak fungsi.
— PENJUAL KASUT BUNDLE (@starryshira) May 12, 2020
Walaupun kisah ini sudah lama berlalu, namun kejadian tragis tersebut mengajar kita bahawa tentera adalah manusia yang hidup matinya berpaksikan perjuangan dan sedia berkorban demi negara.
Semoga kedua-dua anggota tentera yang gugur itu ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman.
Terima kasih saudari atas perkongsian cerita yang menyeronokkan.
Suka melihat cara ayah saudari yang tegas dalam ketenteraan, dalam masa sama sangat penyayang dengan anak-anak.
Sumber: Twitter