Siakap Keli

“Jangan Sentuh Langsung, Atau…,” Permaisuri Agong Tinggal Nota ‘Amaran’ Atas Periuk Cuit Hati Ramai

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sememangnya cukup dikenali dengan minat menghasilkan pelbagai jenis masakan.

Minat Permaisuri Agong itu pada masakan dapat dilihat menerusi akaun di Instagram airtangan_tunkuazizah yang memaparkan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan.

Melalui kiriman terbaru, Tunku Azizah ada memuatnaik sekeping gambar makanan di dalam periuk namun apa yang mencuit hati adalah terdapat nota ‘amaran’ yang ditulis agar tiada sesiapa pun yang boleh menyentuh periuk tersebut.

Sudah warning kpd semua org …… don t touch or move this periuk , atau sy peliat telinga dan ketuk jari!

 

Perkongsian Baginda Permaisuri itu mendapat perhatian warganet dan mereka nyata terhibur dengan ‘amaran’ tersebut.

Sumber: airtangan_tunkuazizah

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa