Siakap Keli

TERKINI: KKM Sahkan 40 Kes Positif Covid-19 Termasuk 31 Kes Bukan Warganegara Malaysia

Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 14 Mei 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 40 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 6,819.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.

KKM juga mengenalpasti bahawa daripada 40 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 31 kes penularan daripada bukan warganegara Malaysia dan tiada kes import yang dilaporkan hari ini.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan Covid-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 112 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Maklumat Mangsa Korban

Kes kematian ke-112 (kes ke-6780) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 39 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit injap jantung, serta kemalangan pada awal tahun mengakibatkan beliau patah kedua-dua tulang utama di kaki dan sukar bergerak sendiri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 Mei 2020 di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga.

 

Sumber: Sidang Media KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang