Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak, Kurang 30 Minit Boleh Beri Kesan Besar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Menurut portal MyHealth, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.

Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.

Doktor Ahmad Luqman Bukhari berkongsi panduan waktu tidur menurut American Academy of Sleep Medicine yang sepatutnya bagi kanak-kanak.

Menurutnya, ibu bapa jangan mengambil sikap sambil lewa dalam waktu tidur anak-anak. Kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan tumbesaran mereka terganggu.

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari