Siakap Keli

“Terima Kasih Prof. Meah”, Walau Dijulang Hero Negara, KP Kesihatan Tak Lupa Diri & Tetap Hargai Mentornya

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), antara universiti tertua di Malaysia kini menyambut ulang tahun kewujudannya yang ke-50 tahun.

Universiti ulung berkenaan turut berjaya melahirkan ribuan graduan yang serba hebat dalam pelbagai bidang, termasuklah salah seorang alumninya yang cukup terkenal hari ini, iaitu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Sosok tubuh hero kesihatan negara itu sering menerima penghargaan daripada segenap rakyat atas usaha komitednya membantu negara memerangi pandemik COVID-19.

Justeru, bersempena dengan ulang tahun tersebut, Dr. Noor Hisham berkesempatan mengimbau kembali ke zaman pengajiannya ketika di UKM satu masa dahulu.

Salah satu gambar lama yang dikongsikannya hari ini. Gambar: Facebook

Beliau memuat naik beberapa keping gambar lamanya di Facebooknya hari ini, beserta kapsyen yang menitipkan ucapan penghargaan buat salah seorang mentornya dalam dunia perubatan.

Menurutnya, mentornya itulah yang menjadi salah satu tulang belakang kejayaannya sepanjang dari tempoh pengajian di universiti sehingga ke hari ini.

Sebagai alumni UKM bagi pengajian peringkat sarjana dan pascasiswazah, saya telah berpeluang mengenali ramai individu luar biasa yang sangat memberi inspirasi serta galakan kepada saya selama ini.

Salah seorangnya adalah mentor kesayangan saya, Profesor Emeritus Dr. Freda Andrea Meah.

Prof. Meah adalah seorang pelopor dalam pembedahan endokrin dan payudara semasa beliau memulakan unit endokrin payudara pertama negara di UKM pada 1978 dahulu.

Sebagai ‘ibu’ kepada ramai doktor bedah, beliau telah dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus pada 2011. Saya salah seorang daripada pelajarnya dan saya cukup mengenalinya sejak mula bergelar pelajar perubatan hingga kini, sudah lebih 37 tahun.

Terima kasih kepada Prof. Meah, seorang yang cukup terkenal dalam bidang pembedahan payudara dan endokrin.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah di samping mentornya, Profesor Emeritus Dr. Freda Andrea Meah. Gambar: Facebook
Dr. Noor Hisham Abdullah (paling kiri) semasa di zaman pengajiannya satu ketika dahulu. Gambar: Facebook
Antara gambar lama yang dikongsikan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini. Gambar: Facebook
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah ketika menjalankan tugasnya di bilik bedah. Gambar: Facebook

 

Sumber: Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.