Siakap Keli

Kerajaan Sedang Teliti SOP Sebelum Benarkan Kedai Gunting Rambut Dibuka- KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) sebelum membenarkan perkhidmatan gunting rambut beroperasi semula.

“Kerajaan telah terima surat dari persatuan tersebut (persatuan kedai gunting rambut) dan telah lihat SOP sedia ada dan sedang memperhalusi SOP tersebut.

“Ini industri yang ada sentuhan dengan pelanggan. Jadi kita nak pastikan bagaimana kita boleh elakkan jangkitan COVID-19.

Katanya, selain itu kerajaan juga perlu mendapatkan data berapa ramai pekerja asing gunting rambut di Malaysia sebelum mencadangkan pembukaan semula kedai gunting rambut.

“Apa yang pasti, SOP telah disediakan dan KKM sedang melihat dan perhalusi SOP itu untuk perlaksanaan,” katanya dalam sidang media hri ini.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.