Siakap Keli

Myanmar Sahkan 8 Kes COVID-19 Yang Dikesan Adalah Dari Malaysia

Kerajaan Myanmar mengesahkan terdapat lapan kes jangkitan COVID-19 dikenal pasti daripada kalangan rakyat mereka yang pulang dari Malaysia, ekoran operasi pihak berkuasa menahan pendatang tanpa dokumen, baru-baru ini.

Difahamkan, kes-kes baharu telah dikesan di lima kawasan berbeza daripada 120 individu yang baru pulang dari Malaysia pada bulan ini.

“Kesemua mereka (120 individu tersebut) kini sedang dikuarantin,” kata jurucakap Menteri Kesihatan, Than Naing Soe kepada Reuters, hari ini.

Untuk rekod semasa, Myanmar mencatatkan sebanyak 191 kes positif COVID-19 setakat ini dengan enam (6) kes kematian.

Dalam pada itu, memetik laporan Reuters, pihak berkuasa imigresen Malaysia telah menahan lebih 1,800 pendatang dalam sekurang-kurangnya dua serbuan berbeza sebagai usaha mengekang penularan jangkitan wabak tersebut.

“Tetapi serbuan tersebut mencetuskan kebimbangan bahawa mereka yang ditahan akan meningkatkan lagi risiko penyebaran virus tersebut di dalam pusat tahanan yang sempit,” jelas laporan tersebut.

Sumber: Reuters

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.