Siakap Keli

7 Jemaah Baru Selesai Berbuka, Solat Maghrib Maut Selepas Masjid Diserang Di Afghanistan

Sekurang-kurangnya tujuh jemaah terbunuh dalam satu serangan di sebuah masjid di Afghanistan semalam, selain 12 lagi dilaporkan tercedera.

Ketua Polis Parwan, Haroon Mubarez berkata, serangan tersebut berlaku ketika para jemaah baru selesai berbuka puasa dan solat Maghrib sebelum sekumpulan lelaki bersenjata tiba di situ dan melepaskan tembakan ke arah mereka.

“Tujuh dilaporkan terbunuh, 12 lagi cedera, manakala lelaki bersenjata tersebut telah melarikan diri.

“Jumlah sebenar kumpulan bersenjata tersebut tidak dapat dipastikan,” katanya pada Selasa, memetik laporan Aljazeera.

Gambar: Agensi

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri mengesahkan serangan tersebut yang berlaku di ibu negeri Parwan, Charekar didakwa didalangi oleh kumpulan Taliban.

Bagaimanapun, kumpulan itu menafikan dakwaan tersebut.

Amaran keganasan PBB

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran berkenaan peningkatan keganasan terhadap orang awam di Afghanistan.

Pada minggu lalu, satu serangan mengejut berlaku di sebuah wad bersalin di Kabul, mengakibatkan 24 individu terbunuh termasuk bayi yang baru lahir.

Kadar keganasan dilaporkan meningkat di seluruh negara selepas perjanjian damai Amerika Syarikat (US) – Taliban pada 29 Februari lalu mengenai penarikan semula pasukan tentera asing pimpinan US sebagai jaminan keselamatan negara.

Mengimbas kembali, Afghanistan mula dijajah US sejurus timbul isu tragedi pengeboman oleh pesawat berpandu yang menghentam bangunan World Trade Centre pada 2001 dahulu yang didakwa didalangi oleh kumpulan Taliban.

Sumber: Aljazeera

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.