Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Bukan Sekadar Hiasan, Berikut Antara Sebab Terdapat 5 ‘Lekuk’ Di Bahagian Bawah Botol

Sesetengah rekaan botol air boleh digunakan untuk menarik pengguna supaya membelinya, manakala ada juga botol yang bentuknya direka khas atas beberapa fungsi yang perlu untuk tujuan spesifik.

Anda mungkin menyedari bahawa botol air mineral lazimnya mempunyai bahagian bawah yang rata. Untuk botol air minuman berkarbonat ataupun minuman ringan, khususnya botol plastik mempunyai bahagian bawah yang tidak rata seperti botol air mineral. Bahagian bawah botol minuman ringan ini kebanyakannya mempunyai lima bucu yang mengelembung sebagai kakinya.

Struktur botol yang lebih kukuh

Benjolan atau lekukan pada kaki botol tersebut sebenarnya berfungsi untuk meningkatkan kekuatan botol tersebut dan kestabilannya. Dengan benjolan atau lekukan di bahagian bawah botol, ia sebenarnya menjadi lebih kuat dan susah untuk ‘dibentukkan’ tidak seperti di bahagian yang lain. Sebagai contoh, satu lipatan kertas boleh dilipat dengan mudah. Namun, sekiranya satu sudut kertas itu dibengkok, dan cuba untuk melipatkannya, ianya pasti agak sukar berbanding lipatan tanpa rintangan tersebut. Kini, anda akan dapat merasakan bahawa ada daya rintangan.

Gambar Hiasan via Google

Menjaga perubahan isi padu cecair dalam botol

Minuman ringan secara lazimnya disajikan pada suhu yang rendah. Apabila cecair disejukkan, isi padunya akan berubah dan botol tidak boleh bengkok kerana perubahan isi padu ini. Sudut atau bahagian bawahnya yang berupa sebegitu akan sedikit mengembang tanpa pecah dan ianya bertujuan untuk menangani perubahan isi padu cecair.

Khas untuk minuman ringan yang berkarbonat

Sebab lainnya pula adalah kebanyakan botol minuman ringan akan di pressurized untuk mengisi gas di dalamnya, untuk menjayakan proses tersebut, botol plastik itu perlulah berdaya untuk menahan tekanan . Ianya juga berguna untuk menyerap kejutan (agar botol tidak pecah) apabila anda menjatuhkannya secara tidak sengaja.

Gambar Hiasan via Google

Bahagian atas botol yang lebih kecil

Bentuk saiz pada botol yang semakin mengecil pada bahagian atas pula bertujuan untuk menurunkan pusat graviti dan pada masa yang sama meningkatkan kestabilan botol. Seperti botol tin, bahagian bawahnya dibuat melengkung ke dalam untuk tujuan kestabilan ketika diletakkan di bawah.

Dari segi reka bentuk botol air mineral dan botol air jus biasa, kerana tidak bertekanan ia tidak dibuat mempunyai benjolan seperti botol air minuman ringan. Tetapi, botol air juga mempunyai lekukan kecil di bahagian bawahnya untuk meningkatkan kestabilan.

Gambar Hiasan via Google

Tidak kiralah walau bagaimanapun bentuk sesebuah botol itu, pasti ada fungsi-fungsi yang membabitkan kejuruteraan di sebaliknya.

Sumber: The Brain Maze

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa