Siakap Keli
Foto: Cikgu Syikin Zahir

Cikgu Ini Ajak Korang Hulur Sekurangnya RM2 Untuk Abang Posmen Ketika Hantar Barang Di Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita semua sedar bahawa lambakan barangan daripada pembelian atas talian menjadi isu sekarang ini. Namun, kita patut tahu bahawa bukan kita sahaja yang membelinya malah ramai lagi.

Terbaru tular satu dakwaan di mana pekerja-pekerja yang menghantar barang ini tidak mendapat bayaran bonus. Dari situlah wujudnya insan yang berhati mulia untuk menolong golongan ini tambah-tambah pada musim Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Jadi, menerusi satu perkongsian daripada seroang guru yang dikenali sebagai Syikin Zahir menerusi laman Facebooknya mengajak seluruh rakyat Malaysia membantu golongan ‘posmen’ yang bertungkus lumus menghantar barangan sehingga ke rumah kita sepanjang tempoh PKP ini.

Terima barang dari JnT tadi. Kena bayar RM7.50 kos cod. Lalu kami suami isteri sibuk cari duit kecil nak bayar. Sudahnya suami kata, kita bagi lebih je lah. Lalu hulur 2 keping note hijau. Rezeki beliau.

“Bagi lebih pasti lebih berpahala…”

Lalu Cikgu pun terfikir.
Dengan viral isu posmen tak dapat #bonus, sedangkan mereka kerja keras nak hantar barang-barang kita, apa kata kita hulur ‘duit raya’ barang seringgit dua (bagi lebih pasti lebih berpahala) untuk abang-abang posmen bila mereka hantar barang ke rumah kita.

Mereka gembira, kita juga pasti bahagia dengan pahala sedekah berkali ganda di bulan puasa ini.  Maka, jom kita fokus kepada apa yang mampu kita buat saja.

Gambar Sekadar Hiasan

Dengan masa berapa hari saja lagi syawal bakal menjelma, sedekah kecil kita pasti buat mereka bahagia. Banyak atau sedikit, kita pejam mata. Itu semua rezeki buat mereka.

Jom masuk duit raya dalam sampul untuk posmen siap-siap. Oh.. Bukan hanya untuk Posmen Pos Malaysia saja, kita beri saja pada mana-mana pekerja kurier yang hantar barang pada kita. Tak kira company apa, beri saja.

Biar raya lebih bermakna walau tak balik kampung.

Contoh: 1 rumah bagi RM2, sehari kalau 30 rumah bolehla dapat RM60. Tak banyak macam bonus tapi ada lebih sikit boleh buat belanja nak raya.

InsyaAllah mereka juga pasti gembira dan bersemangat untuk hantar barang-barang kita sebelum raya menjelma.

Kalau rasa idea ini bernas, mohon klik share biar semua yang menunggu kedatangan posmen bersedia dengan duit raya untuk posmen. Budak-budak tak datang berayakan tahun ni.

Rata-rata pengguna Facebook yang lain menyokong tindakan cikgu ini untuk sama-sama membantu ‘abang posmen’ di mana mereka antara golongan ‘frontliner’ di negara kita.

 

Sumber: Syikin Zahir 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang