Siakap Keli

Ibu Bapa Jangan Letih Nak Jawab Kalau Anak Tanya, Baca Penjelasan Doktor Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkembangan sosial kanak-kanak bermula sejak bayi lagi. Ia merupakan satu proses dimana mereka belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang telah didedahkan budaya dan masyarakat setempat.

Apabila anak sudah mula pandai bercakap, menjadi lumrah mereka suka bertanya. Ada saja soalan yang diajukan, sehingga ibu ayah sukar dan letih nak menjawab.

Perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari ini menceritakan pentingnya peranan dan penglibatan ibu bapa semasa fasa ini. Menurut beliau, jika dipandang remeh, ia akan memberi impak yang besar apabila mereka semakin membesar.

Siapa kat sini yang masih ingat satu iklan raya Petronas yang cukup famous tahun 2007 dulu?

Ada anak kecil tu duk bertanya kat ayah dia pasal seekor burung yang terjatuh dari sarangnya.

Dia tanya, “Bah ni burung apa?”

“Burung Murai nak.”

“Burung apa?”

“Burung Murai..”

“Burung apa?”

“Burung Murai.”

Si ayah masih terus menjawab sambil diusap-usapnya ubun-ubun si anak kecil tadi.

Berulang kali anak tu bertanya soalan yang sama namun si ayah melayan tanpa sikit pun perasaan jemu.

Serius saya sebak sangat bila teringatkan iklan tu sebab hari ni iklan tu mungkin dah tak relevan lagi. Dalam tak sedar makin ramai anak kecil yang dibiarkan terpinga-pinga oleh mak ayah sendiri.

Bahkan tak mustahil yang anak kita pun mungkin tengah terdera emosinya kat dalam rumah kita sendiri sekarang ni.

Kadang tu bila anak tegur kita, ajak kita main dengan dia sama-sama, dia senyum kat depan muka kita tapi kita tetap duk ralit dengan smartphone dan cuma jawab ‘hmmmmm’ je.

Ya Allah, hancur terus hati si kecil tu!

Ketidakpedulian (ignorance) ni sebenarnya salah satu penderaan emosi yang biasa sangat berlaku pada kanak-kanak sekarang ni.

Bayangkan apa perasaan kita sendiri bila bercakap dengan seseorang tapi tak dilayan. Confirm kita pun rasa geram dan nak marah.

Si comel kita tu pun sama.

Cuma bezanya dia orang tak pandai nak luahkan rasa geram tu. Sebab tu akhirnya kita anggap si kecil tu asyik meragam, merengek dan merajuk je manjang.

Mak ayah jangan terkejut ye kalau anak kita membesar satu hari nanti tiba-tiba jadi orang yang tak bertimbang rasa, kawalan emosinya lemah dan suka menyendiri. Mereka jadi macam tu puncanya sebab kita sendiri yang asyik dera emosi dia setiap hari tanpa sedar.

Saya nak ajak mak ayah semua kita tarik nafas dalam-dalam dan tengok balik diri kita sendiri sebelum kita nak salahkan perangai anak-anak kita.

Percayalah, ada masa kita kena berenggang dengan gajet yang ada kat keliling kita tu. Datang dekat si kecil kita, tenung dalam-dalam mata dia dan peluk si comel kita tu dengan penuh rasa kasih dan sayang.

Saya yakin itulah ubat jiwa yang paling hebat untuk anak-anak kita.

Tolong beritahu ilmu ni kat suami atau isteri kita dan ajak amalkan sama-sama ye.

Ahmad Luqman Bukhari.

Selain ilmu kesihatan, saya jugak suka share ilmu parenting yang sangat penting untuk perkembangan jiwa dan minda si comel kita. Mana yang dah follow FB saya ni, set ‘See First’ sekali ye supaya tak tertinggal update saya nanti.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra