Siakap Keli

Pesakit Asma Atau Alami Kesukaran Bernafas Tak Perlu Pakai ‘Face Mask’ – Pakar

Bagi mereka yang menghidap asma atau masalah paru-paru tidak diwajibkan memakai topeng muka jika ianya membuatkan anda lebih sukar untuk bernafas kata pakar.

Menurut Asthma UK, bagi mereka yang menghidapi asma, pemakaian topeng muka mungkin memberi kesan. Ianya boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

“Kerajaan UK telah memberitahu bahawa orang yang mempunyai masalah pernafasan tidak perlu memakai topeng muka. Jadi, jika anda menghadapi kesukaran untuk bernafas, anda tidak perlu memakainya,” kata Asthma UK.

Menerusi panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan UK, topeng muka tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak di bawah umur 2 tahun atau mereka yang mengalami kesukaran untuk menggunakannya.

Pemakaian topeng muka boleh menjadi sukar bagi mereka yang menghidapi asma, chronic obstructive pulmonary disorder (COPD), cystic fibrosis, chronic bronchitis, emphysema dan kanser paru-paru.

Setakat semalam, jumlah kes COVID-19 di United Kingdom dilaporkan mencecah sehingga 246,406 kes. Manakala jumlah kematian pula adalah sebanyak 34,796 kes.

Sumber: The Sun UK

Adib Mohd

Nur Farra