Semua mesti tak sabar nak beraya kan walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun semangat untuk meraikan perayaan tersebut mebuak-buak.
lebih kurang empat hari lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, korang semua dah buat penyediaan belum? Mesti korang tengah bertungkus lumus membersihkan rumah sebagai penyediaan untuk orang datang ke rumah walaupun hanya pada hari raya pertama.
Jadi, hari ini SK ingin berkongsi empat petua yang menarik untuk korang ikut sebagai satu cara membersihkan rumah dan mewangikan rumah korang.
Jangan Abaikan 4 Petua Ini Kalau Nak Rumah Sentiasa Bersih!

Bekerja setiap hari membuatkan wanita dihimpit kesibukan hingga tidak punya waktu untuk fokus kepada kebersihan rumah. Adakalanya kita terpaksa mengetepikan soal mencantikkan rumah setiap hari.
Jujurnya, waktu hujung minggu adalah waktu untuk kita membersih, mencantik dan mewangikan rumah daripada sebarang habuk dan kotoran.
Itu sahajalah waktu terbaik yang kita ada untuk memberi lebih ruang dalam mencantikkan rumah. Selebihnya banyak masa ibu-ibu dihabiskan untuk menjaga anak dan suami.
Namun dalam kesibukan itu ada petua mudah untuk anda praktikkan bagi memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi. Ikuti empat langkah ini. Petua ini untuk rumah kelihatan sentiasa bersih dan tip bersihkan rumah.
1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Gambar Sekadar HiasanPening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. Kilatkan Lantai Rumah
Gambar Sekadar HiasanLantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
3. Wangikan Rumah
Gambar Sekadar HiasanSelain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.
Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
Sumber: Salina Basiran via petuaibu