Siakap Keli

Teks Khutbah Raya Untuk Semua Yang Jadi Imam Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dari Dr. MAZA

Ramadan bakal berakhir beberapa hari sahaja lagi, kemudian umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan hari raya Aidilfitri.

Bagi negara kita, suasana sambutan hari raya pada tahun ini mungkin sangat berbeza berbanding tahun-tahun lepas.

Disebabkan pandemik COVID-19, kita semua sehingga kini masih berada di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah pun memasuki fasa PKP Bersyarat (PKPB).

Menyentuh berkenaan sambutan hari raya, salah satu perkara ‘baharu’ yang perlu diterima dan diamalkan oleh segenap pihak adalah pelaksanaan solat sunat hari raya.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

Umum mengetahui, buat masa ini, jabatan mufti melalui nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum lagi memberi keizinan penuh untuk umat Islam menunaikan solat berjemaah di masjid atau surau seperti biasa.

Maka sebab itu, pelaksanaan solat sunat Aidilfitri pada tahun ini pun juga berbeza, ia boleh didirikan di masjid dalam kadar yang terhad, selebihnya dilakukan di rumah masing-masing bersama keluarga.

Justeru, mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) berkongsi teks bacaan khutbah yang boleh dijadikan panduan ketika solat sunat hari raya di rumah pada pagi raya nanti.

Difahamkan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Mufti Perlis ini membawa tema wabak dan PKPB serta dibuat dalam dua versi, iaitu satu khutbah dan dua khutbah.

Berikut adalah lampiran teks khutbah raya tersebut bagi versi DUA khutbah.

Khutbah Hari Raya Aidilfitri Di Rumah Musim PKPB 2020 Versi Dua Khutbah

 

 

Selain itu, teks bagi versi satu khutbah dan versi Bahasa Inggeris juga turut disediakan.

Anda boleh memuat turun teks versi satu khutbah, versi dua khutbah, teks Risalah Sambutan Aidilfitri Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta teks khutbah versi Bahasa Inggeris tersebut di pautan ini:

https://mufti.perlis.gov.my/index.php/khutbah/category/11-teks-khutbah-dan-panduan-menyambut-idil-fitri-musim-pkp-covid-19-tahun-2020?fbclid=IwAR0AqTF3aT0N_Q9h5G6aeVQ8qq4RRz-wddokNNBZ_1RM9ZKENmxmAJps8GY

Waktu inilah para pemuda berpeluang mengasah bakat masing-masing untuk menjadi seorang khatib.

Jadikan cabaran itu sebagai peluang.

Selamat menyambut hari raya Aidlfitri, maaf zahir dan batin.

Sumber: FB Dr. MAZA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.