Siakap Keli

Banyak Kegunaan Lain, Ini Antara Kegunaan Lain ‘Plastic Wrap’ Untuk Kemudahan Harian

Fungsi pembungkus makanan plastik sering digunakan terutamanya untuk menutupi makanan agar tidak tercemar. Tetapi, ternyata pembungkus makanan plastik ini mempunyai banyak kegunaan lain yang tidak pernah di sangka oleh banyak orang.

Menurut laman web Brightside, mereka menemui banyak kegunaan yang tidak diketahui yang boleh digunakan daripada pembungkus makanan ini.

  • Menjaga pisang agar kekal segar.

Pembungkus makanan plastik dapat membantu pisang dalam menjaga warna dan kelembapan yang diperlukan. Caranya, tutup batang pisang dengan pembungkus makanan. Dengan itu, pisang akan kekal segar dan sedap seperti baru membelinya.

  • Rawatan kecantikan

Hampir kesemua pembersih akan memberikan kesan yang baik. Akan menjadi lebih baik, sekiranya anda meletakkan pembungkus makanan plastik pada bahagian muka selepas meletakkan krim.

  • Air dalam cawan tidak akan tumpah.

Anda perlu menutup gelas yang berisi air dengan pembungkus makanan plastik dan letakkan penyedut minuman. Ini akan membuatkan air di dalam cawan tidak akan tumpah. Anda boleh buat ketika anda bersenam contohnya. Air tetap tidak akan tumpah dengan cara ini.

  • Bahan kreatif untuk anak anda.

Pembungkus makanan plastik adalah cara terbaik untuk anak anda melukis gambar tanpa meninggalkan kesan kotor pada tangan mereka. Caranya, letakkan sedikit cat pada sekeping kadbaord. Kemudian tutup dengan pembungkus makanan plastik. Biarkan tangan anak anda yang menghasilkan karya kreatif mereka dan anda tidak perlu risau.

  • Perangkap buah untuk lalat.

Untuk menghilangkan lalat yang berada di rumah, potong beberapa buah dan letakkannya di dalam magkuk. Kemudian tutup dengan potongan makanan. Seterusnya, potong sedikit pada permukaan pembungkus makanan plastik menggunakan pisau.

  • Kekalkan kesegaran bunga.

Jika anda membalut batang bunga dengan tisu basah, kemudian lapiskannya dengan pembungkus makanan plastik. Bunga anda akan kekal segar lebih lama.

  • Memudahkan kerja ketika pindah rumah.

Barang yang berada di daam laci rumah anda semasa anda hendak pindah. Anda boleh membalutkannya terlebih dahulu dengan pembungkus makanan plastik. Dengan cara ini barangan anda tidak akan hancur ketika sampai dirumah baru dan anda dapat menggunakannya.

  • Cara terbaik untuk membuat telur rebus.

Pembungkus makanan juga sangat mudah jika digunakan untuk memasak telur rebus. Caranya, tutup piring dengan pembungkus besama minyak. Kemudian pecah telur dan tuarkan isinya keatas pembungkus makanan. Seterusnya, lipat bahagian atas bungkusan dan letakkannya di dalam air yang mendidih selama tiga minit.

  • Satu cara yang baik untuk menghias rumah.

Sekiranya anda terlalu sibuk menghias rumah anda dan ingin mengambil masa untuk berehat sebentar. Untuk mengelakkan cat dan berus kering anda boleh balutkannya dengan pembungkus makanan.

  • Peti sejuk kelihatan bersih.

Anda perlu tutup semua rak dalam peti sejuk dengan pembungkus makanan untuk menjaga kebersihannya. Cohntohnya, jika terdapat tumpahan telur dalam peti sejuk. Anda hanya mengeluarkan pembungkus plastik dan menggantikannya dengan yang lain.

  • Tidak akan ada tumpahan pada barang mandian.

Jika anda risau akan berlaku tumpahan mandian ketika anda menyimpannya di daam beg. Anda boleh membungkusnya dengan pembungkus makanan untuk menghalangnya daripada tumpah.

  • Rumah hijau mini

Pembungkus makanan dapat membantu segala jenis benih yang mulai tumbuh. Anda yang anda perlu lakukan ialah menutup periuk dengan pembungkus makanan plastik selepas disiram. Ia akan mengelakkan tanah kering dan tumbuhan akan tumbuh lebih cepat.

  • Sosej buatan sendiri.

Anda boleh menggunakan daging cincang untuk dijadikan sosej yang sedap dengan membungkusnya menggunakan pembungkus makanan plastik.

Sumber: Brightside

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa