Siakap Keli

“Bulan Ramadhan Jadi Saksi” Pemuda Peluk Islam, Lafaz Syahadah Depan Dr Zulkifli

Walau di mana pun kita berada, sejahat-jahat mana pun seseorang itu, sekiranya Allah S.W.T mahu mengurniakan hidayahnya, maka akan terbukalah pintu hati seseorang itu untuk menerima ajaran Islam sebagai panduan hidupnya.

Itulah yang terjadi kepada seorang hamba Allah bernama Jackie Jamior Jepol selepas dia memutuskan untuk memeluk agama Islam di bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Menerusi perkongsian yang dikongsi oleh Menteri Perusahaan dan Komoditi iaitu Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di akaun Facebook miliknya, insan yang berasal daripada Sabah itu telah memeluk agama Islam di hadapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pejabat beliau. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Beruntungnya seorang insan bernama Jackie Jamior Jepol atau nama Islamnya Afiq Iman.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini menjadi saksi seorang lagi insan terpilih melafazkan dua kalimah syahadah.

Berumur 27 tahun dan berasal dari Penampang, Sabah, beliau melafazkan syahadah di hadapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pejabat beliau di Putrajaya sebentar tadi.

Turut sama hadir, wakil dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan JAWI. Bapa saudara Afiq Iman berjumpa dengan SUSK YB Menteri Dr. Khairuddin, Ust Radhi dan berpeluang berjumpa Dr. Zulkifli dan mengucap dua kalimah syahadah.

Dr. Zulkifli turut berpesan kepada Afiq Iman dan menerangkan kepadanya tentang Islam dan keindahannya serta dijelaskan bahawa Islam tidak sama sekali menghina agama lain.

Sumber: Ust Dr. Khairuddin at-Takiri

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa