Siakap Keli

Wanita ‘Makeover’ Rumah 600 Sqft Jadi Cantik, Berkonsepkan ‘Modern Contemporary’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila Syawal semakin hampir, aktiviti mengemas rumah di kampung pada hari sebelum raya pasti menjadi rutin pada setiap tahun.

Mood beraya tahun ini tidak menghalang untuk mencari idea menghias rumah. Semestinya apabila nak menghias rumah, anda pasti berbelanja besar untuk membeli pelbagai barang hiasan.

Perkongsian Leeya marlia Ramli mendapat perhatian warganet mengenai dekorasi rumahnya secara DIY walaupun mempunyai ruang yang kecil.

RAYA ZAMAN COVID

Mood Raya dah hampir?
Sedih tak dapat beraya tak apalah.Jom kemas rumah.Konsep ni kami ambik sebagai modern contemporary asasnya tapi adalah tropical element skit sebab suka green so much.Dan sedikit sentuhan besi sikit tapi bukanlah industrial sepenuhnya.Quite complicated huh?

Deko raya sis takla meriah pun.Nak dapat hasil ni berangan kumpul 8 tahun sudah.Kena kerja keras hasil yang baik baik insyaAllah adalah rezeki.Trust Allah.

Alhamdulillah dan syukur atas rahmat Allah izinkan atas usaha kami berdua dapat makeover total umah lama yang dah 30 tahun ni.Ada rezeki berlipat nanti,mungkin boleh beli 1 rumah baru.Aim jangan tak aim.InsyaAllah!!

Banyak kami buat secara DIY rumah ni.Ada sentimental value yang amat.Ni lah rumah Adam dibesarkan dengan kasih sayang.
Kenangan untuk Adam.

Terima kasih denganAsuri Asri Yusof suami yang banyakkkk membantu jadi side wing, dalam susah senang kita bina apa kita ada harini.Semua ni kita bina dengan hanya 1 angan angan walaupun angan kita tu kalau nak kira besar lagi.

But,still syukur sampai sekarang.
Semuanya tak mudah.Bukan celik mata dah nampak Lamborghini.Kami celik mata nampak basikal lagi.Tahun depan celik baru nampak Kancil.So nak citer payah proses nak lalui tu tapi pengalaman tu berharga.Kami hargai.

Rezeki kan masing masing.Why botherkan.
Since haritu ramai tanya transformasi ni so sis sharelah apa yang ada.Banyak kami DIY dalam rumah ni so sangatla special.

Rumah ni 600 sqft je, 2 bilik sederhana besar & 1 bilik air. Yang penting bahagia dalam rumah dan bahagia dengan life yang dijalani.

Size does’nt matter.
Look does’nt matter
Asal dalam bagi motivasi kita sekeluarga.

SELAMAT HARI RAYA GANG!
Don’t judge a book by its cover.Next project luar rumah nak buat mini garden.

**jangan lupa rajin follow ler page sis atas tu untuk tips atau update

#transformasiruangsendiri
#hanyainspirasi

Sumber: Leeya Marlia Ramli

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra