Siakap Keli

Salji Di Antartika Bertukar Hijau, ‘Kejutkan’ Saintis Dengan Apa Yang Berlaku

Jangkaan para saintis salji putih yang bakal turun di pesisir Antartika jauh meleset apabila Antartika dilitupi dengan ‘salji hijau’ yang terang.

‘Salji hijau’ yang tidak ubah seperti rumput ini merupakan alga yang mula tumbuh disebabkan perubahan iklim dunia yang telah mempengaruhi tanah ais tersebut.

Pasukan penyelidik di University of Cambridge dan British Antartic Survey melalui jurnal mereka Nature Communication melaporkan pembiakan alga ini sangat meluas di Antartika sehingga dapat dilihat melalui satelit.

Mereka memakan masa yang lama dengan menggunakan data dari satelit dan pemerhatian di lapangan untuk melukis dan mengukur peta ‘salji hijau’.

Menurut jurnal yang disiarkan pada Rabu, alga tumbuh di kawasan yang panas di mana suhu berada diatas sifar iaitu di sekitar utara semenajung Antartika. Mereka juga meramalakan jisim alga secara keseluruhan akan meningkat dan penghijauan salji di Antartika akan terus berlaku akibat perubahan iklim dunia.

Namun, para saintis tidak hanya melihat warna hijau di Antartika kerana pada masa ini ia kelihatan seperti pelangi. Mereka berhasrat untuk meperluas lagi kajian mereka dengan mengkaji alga merah dan jingga dimana ia juga di antara penyumbang perubahan landskap Antartika yang pelbagai warna.

Sumber: Cnet.com

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.