Siakap Keli
Kredit: Bernama

“Selepas Dua Minggu Perayaan, Kita Akan Dapat Lihat Jika Kes Meningkat Mendadak” -KKM

Putrajaya, 22 Mei- Kementerian Kesihatan (KKM) berkata kes COVID-19 boleh meningkat mendadak jika orang ramai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Selepas dua minggu perayaan, kita akan dapat lihat jika kes meningkat mendadak. Kita boleh elakkan kes daripada meningkat terlalu mendadak jika semua patuh SOP.

“Ini adalah tanggungjawab semua bukan hanya KKM. Jika semua patuh SOP, kita boleh kekalkan dua digit kes baru,” tulis KKM di laman Twitter rasmi mereka.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.