Siakap Keli

Tips Penting: 6 Cara Pemakanan Sihat Di Hari Raya, Jangan Main ‘Bedal’ Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Lebaran merupakan momen di mana anda boleh berkumpul dengan keluarga besar. Makan adalah salah satu agenda wajib di hari raya.

Namun anda perlu tetap menjaga pemakanan anda, terutamanya jika anda sedang dalam rancangan menurunkan berat badan atau mempunyai penyakit tertentu yang memerlukan anda memberi perhatian terhadap pola makan anda.

Memang senang untuk terlebih makan hari raya, lebih-lebih lagi jika anda berkunjung ke rumah-rumah kerabat.

Boleh jadi hampir setiap rumah anda akan dihidangkan makanan.

Gambar sekadar hiasan

Tip di bawah boleh membantu anda mengawal pemakanan di hari raya.

1. Buat target yang realistik

Anda mungkin sedang dalam keadaan yang khusus, sama ada ingin menurunkan berat badan atau menghidap penyakit tertentu yang memerlukan anda menjaga pola makan, seperti diabetes misalnya.

Jika anda sedang dalam program penurunan berat badan, sangat susah untuk mengawal kalori pada hari raya berbanding hari biasa.

Hidangan hari raya biasanya tinggi lemak, protein, dan karbohidrat.

Untuk sementara, anda boleh mengetepikan program penurunan berat badan anda terlebih dahulu tetapi lebih fokus kepada mengekalkan berat badan semasa.

Jangan terlalu tegas pada diri anda, apatah lagi jika ini menyebabkan anda menolak pelbagai hidangan yang sudah dihidangkan oleh tuan rumah.

Kawal saiz hidangan. Jangan makan sehingga terlalu kenyang.

Namun bagi anda yang memang perlu mengatur pola makan, seperti pesakit diabetes, ada baiknya anda memerhatikan betul-betul apa yang anda makan.

Contohnya, hadkan makan ketupat berlebihan atau mengurangkan kuah kacang.

Gambar sekadar hiasan.

2. Jangan lapar mata

Penyediaan makanan di hari raya selalunya terlebih.

Terlalu banyak makanan di pasaran.

Hal ini boleh menyebabkan anda lapar mata dan ingin makan pelbagai jenis makanan lebih dari biasa.

Anda boleh mengurangkan perkara tersebut dengan lebih banyak menghabiskan masa untuk berbual bersama rakan-rakan dan saudara.

Makan di hari raya merupakan pelengkap. Jadikan silaturahim sebagai sebab utama anda berkumpul.

Jangan terus menuju ke meja makan atau mengambil kuih muih.

Gambar sekadar hiasan.

3. Berhenti makan apabila sudah kenyang

Salah satu sebab mengapa kita cenderung makan berlebihan semasa majlis tertentu atau hari raya adalah kerana kita selalu mengabaikan rasa kenyang.

Apabila hari raya, makan termasuk dalam acara sosial, di mana kita boleh makan sambil duduk, berdiri, bahkan sambil berbual.

Ini menyebabkan anda tidak bertindak balas terhadap isyarat kenyang yang diberikan oleh otak.

Anda kemudian cenderung untuk makan berlebihan melebihi jumlah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh.

Mungkin kerana saat anda selesai makan, perbincangan di meja makan masih berlanjutan sehingga anda menambah hidangan makan anda, atau anda tidak sedar mengambil pelbagai makanan ringan yang disediakan kerana makanan tersebut boleh didapati di hadapan anda.

Sebelum makan, cubalah untuk mengisi pinggan anda dengan makanan yang benar-benar ingin anda ambil dan jumlah yang sesuai dengan keperluan anda.

Lalu makan dengan perlahan.

Apabila anda sudah selesai, jauhkan pinggan kosong dari hadapan anda untuk menghalang anda mengambil makanan lagi.

Kunyah gula-gula getah tanpa gula dan minum segelas air.

Ini dapat mencegah anda mengalami lapar palsu.

Gambar sekadar hiasan.

4. Penuhkan pinggan dengan sayur

Ketika mengambil makanan, penuhkan dulu pinggan anda dengan sayur-sayuran.

Sayur-sayuran boleh membantu anda cepat kenyang dengan kandungan seratnya yang tinggi.

Cepat kenyang tentu akan membantu mencegah anda makan berlebihan.

Pilih jenis sayur yang tidak bersantan, tetapi jika tidak ada, anda boleh tetap mengambil sayur-sayuran bersantan tetapi kurangkan jumlah kuah santan yang anda ambil.

Santan secara semula jadi tidak mengandungi kolesterol, tetapi mengandungi lemak tepu yang tinggi.

Gambar sekadar hiasan.

5. Elakkan bahagian daging yang berlemak

Makanan yang biasa dihidangkan semasa hari raya idul fitri berasaskan pelbagai jenis daging, baik daging lembu, kambing, dan daging ayam.

Daging, terutamanya daging merah, biasanya mengandungi lemak tepu yang tinggi.

Meksipun pengambilan daging tidak sepenuhnya dilarang, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengawal lemak yang terdapat dalam masakan daging.

Contohnya, jika anda makan ayam, anda boleh memilih bahagian dada berbanding paha atau sayap, kerana bahagian dada biasanya lebih sedikit kandungan lemaknya.

Selain itu semasa memakan ayam, seboleh mungkin elakkan makan bahagian kulitnya kerana lemak yang dimilki ayam biasanya tersimpan di kulitnya.

Gambar sekadar hiasan.

6. Berhati-hati dengan minuman mengandungi gula

Minuman berwarna-warni tentu menarik untuk dilihat.

Sirap dan soda merupakan jenis minuman yang biasa disajikan di hari raya.

Namun ambil jangan terlalu banyak kerana biasanya mengandungi kandungan gula yang cukup tinggi.

Satu sudu makan sirap mengandungi 53 kalori yang hampir seluruhnya berasal dari karbohidrat.

Selain itu satu sudu makan sirap juga mengandungi 10 gram gula pasir.

Soda pun tidak jauh bezanya.

Setiap bahagiannya mengandungi pemanis, lebih-lebih lagi soda diet yang biasanya menggunakan pemanis tiruan sebagai pengganti gula.

Hadkan minuman tersebut untuk mencegah anda menambah kalori tanpa sedar.

Rujukan:

Barke, S. (2004). 10 Eating Tips for a Healthy Holiday Season . Retrieved from COC, Student Health & Wellness Center

Jacobsen, M. T. (2016, May 19). The Naughty List of Holiday Foods. Retrieved from WebMD

Sumber: Hello Doktor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.