Siakap Keli
Gambar: ussfeeds

(Video) Walau Berdepan Kerugian, Petani Tak Kisah Agih Sayur Percuma Atas Jalan

Pelaksanaan perintah berkurung di Indonesia memberi kesan langsung kepada para pekebun yang menjalankan penanaman kecil-kecilan.

Menurut laporan, mereka terpaksa bergelut dengan situasi semasa negera dan perlu mencari jalan penyelesaian bagi menjual sendiri hasil tanaman.

Menariknya, daripada membuang hasil tanaman itu, para petani di Indonesia mengagihkannya kepada orang ramai secara percuma.

“Sayur-sayuran ini semakin lama akan semakin layu. Sebelum ianya menjadi layu, lebih baik sayur-sayur ini diberikan kepada orang ramai,” kata salah seorang pekebun.

Gambar: ussfeeds
Gambar: ussfeeds

Sumber: ussfeeds, Pikiran Rakyat

Adib Mohd

Nur Farra