Siakap Keli

Ini Maksud Petak Kuning Bil Elektrik Ramai Tak Tahu

Kecoh sebelum ini apabila ramaimemuat naik gambar bil elektrik terkini yang menunjukkan caj yang dikenakan sangat tinggi.

Ada segelintir tidak berpuas hati dengan caj yang diterima berikutan jumlah kenaikan yang dikira naik mendadak.

Seperti sedia maklum, TNB menangguhkan sementara pembacaan meter fizikal dan penyerahan bil di premis pengguna semasa PKP. Jadi, pengebilan dilakukan mengikut bil anggaran berdasarkan jumlah bil sebelumnya.

Jadi bila semua terima bil nanti, bil akan jadi tinggi.

Sebab utamanya adalah seperti berikut:

  1. Bil ini untuk 2 atau 3 bulan (penggunaan eletrik 2 hingga 3 bulan).
  2. Masa PKP semua kita duduk di rumah, jadi eletrik guna lebih.
  3. Bila terima bil nanti, tengok dalam petak kuning di bahagian kanan atas bil ada ditulis bayaran penuh atau Pelan Bayaran Mudah (PBM).
Untuk makluman korang, TNB memperkenalkan kotak kuning ini untuk memudahkan pengguna bagi mengetahui status pembayaran dengan lebih mudah.

Pelan Bayaran Mudah (PBM) ini pula adalah salah satu inisiatif TNB yang dilaksanakan secara automatik bagi semua pelanggan kediaman bermula daripada bil bulanan sebenar pertama yang diterima selepas TNB menyambung semula operasi pembacaan meter pada 15 Mei 2020.

Apabila pelanggan menerima bil bulanan sebenar pertama, mereka mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran penuh atau mengikut jumlah PBM sehingga 31 Disember 2020 bagi meringankan beban pengguna.

Maklumat pembayaran akan dipaparkan di dalam kotak berwarna kuning pada sudut kanan bahagian atas bil yang diterima.

Nur Farra