Siakap Keli

Jika Pergerakan Disebabkan Bekerja, Perlu Ada 3 Dokumen Penting Ini- PDRM Kubang Pasu

Hari ini merupakan hari raya kelima dalam bulan Syawal.

Walaupun mood berhari raya itu masih ada, namun ada segelintir daripada kita mungkin sudah perlu berkemas pulang ke tempat asal masing-masing untuk kembali bekerja.

Bagi yang mempunyai kampung dan rumah sendiri dalam satu negeri yang sama, Alhamdulillah tiada sebarang masalah rentas daerah dan boleh pulang dengan tenang.

Namun, bagaimana pula jika berlainan negeri?

Semestinya perlu membuat perjalanan rentas negeri yang memerlukan kebenaran daripada pihak polis.

Halaman Facebook PDRM Kubang Pasu baru-baru ini berkongsi satu kenyataan tentang kaedah membuat permohonan rentas negeri atas urusan kerja.

Mari baca kenyataan tersebut.

Ingat, kebenaran rentas negeri hanya diluluskan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) sahaja.

Itupun atas dua sebab, iaitu kecemasan dan kebajikan.

Gambar: FB PDRM Kubang Pasu

Dokumen wajib permohonan rentas negeri untuk urusan kerja

Bagi yang ingin memohon kebenaran rentas negeri untuk urusan kerja, terdapat tiga dokumen penting perlu dibawa, iaitu;

  1. Surat panggilan oleh majikan untuk memulakan tugas atau kerja
  2. Arahan majikan untuk anda mula bertugas yang tertera senarai nama anda dalam surat tersebut
  3. Permit Rentas Negeri yang diluluskan oleh KPD
Gambar: FB PDRM Kubang Pasu

Saringan & temuduga

Selepas membuat permohonan Permit Rentas Negeri atau urusan kerja yang diluluskan KPD, anda perlu menjalani saringan temuduga terlebih dahulu yang turut dikelolai oleh KPD sendiri.

Hal tersebut penting kerana untuk mengelakkan sebarang kes penipuan oleh segelintir pihak yang mengambil kesempatan merentas negeri dengan alasan tidak munasabah.

Gambar: FB PDRM Kubang Pasu

Jangan kantoi menipu

Anda dinasihatkan (secara tegas) untuk tidak bertindak menipu dalam permohonan rentas negeri tersebut.

Berdasarkan kenyataan di atas, terdapat kes individu yang kantoi menipu dan akhirnya bukan pulang ke tempat asal, malah sebaliknya ‘terlajak’ ke lokap pula.

Berhati-hati dan sila beramanah dengan diri sendiri.

Segala ‘kesulitan’ yang kita hadapi ini adalah semata-mata demi ‘kesenangan’ untuk masa depan.

Berikan kerjasama baik dengan pihak berkuasa agar kita semua dapat saling membantu mencegah penularan wabak COVID-19 sekaligus memulihkan semula negara satu hari nanti.

Bak kata slogan, ‘Polis dan masyarakat berpisah tiada’.

Gambar: FB PDRM Kubang Pasu
Gambar: FB PDRM Kubang Pasu

Sumber: FB PDRM Kubang Pasu

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.