Siakap Keli

Seramai 31,204 Bukan Warganegara Malaysia Telah Disaring, 1,858 Positif – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi memaklumkan bahawa sebanyak 31,204 Bukan Warganegara Malaysia (BWN)  telah menjalani saringan COVID-19.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,858 BWN yang didapati positif COVID-19 manakala 27,807 lagi didapati negatif.

Baki 1,008 BWN pula dilaporkan masih menunggu keputusan saringan.

KKM juga menyatakan bahawa sebanyak 750 kes positif BWN masih lagi dalam rawatan dan sebanyak 1,104 telah sembuh.

Sumber: KKM

Adib Mohd

Nur Farra