Siakap Keli
Gambar: REUTERS/Ramzi Boudina

Covid-19: Algeria Lanjut Sekatan Pergerakan Sehingga 16 Jun Di 44 Wilayah

Algiers: Algeria pada Khamis memutuskan untuk melanjutkan sekatan pergerakan selama 15 hari lagi bagi mengekang penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

Sekatan pergerakan di 44 wilayah akan dilanjutkan sehingga 15 Jun, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Ia akan dikuat kuasa antara 7 malam dan 7 pagi waktu tempatan (1800GMT – 0600GMT) di 28 wilayah manakala di 16 wilayah antara pukul 5 petang hingga 7 pagi waktu tempatan (1600GMT – 0600GMT), tambah kenyataan itu.

Kuarantin di empat wilayah ditarik balik.

Menurut statistik terkini, sejumlah 630 orang maut akibat COVID-19, sementara jumlah kes sebanyak 8,997 dengan 5,277 pesakit sembuh.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.