Siakap Keli
Gambar: Reuters

Covid-19: India Terus Catat Peningkatan Kes, Lagi 7,466 Jangkitan Dilaporkan

New Delhi: India mengesahkan sebanyak 7,466 lagi kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 165,799, lapor agensi berita Sputnik.

Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga pada Jumaat berkata angka korban mencecah 4,706 orang menyaksikan 175 kematian baharu dicatatkan.

Jumlah pesakit yang sembuh pula seramai 71,105 bertambah sebanyak 3,414.

Negeri di bahagian tengah India, Maharashtra paling banyak mencatatkan kes iaitu 59,546 diikuti Tamil Nadu di bahagian selatan dengan 19,372 kes dan New Delhi yang melaporkan 16,281 kes.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.