Siakap Keli
Gambar:Bernama

KKM Kenalpasti Satu Kluster Baharu Libatkan Pekerja Bukan Warganegara Di Sebuah Syarikat Pembersihan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu telah dikenalpasti iaitu di sebuah syarikat pembersihan.

“Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti satu kluster baharu yang melibatkan pekerja bukan warganegara Malaysia di sebuah syarikat pembersihan.

“Sehingga 29 Mei  2020, jam 12 tengah hari, sebanyak 24 kes positif covid-19 telah dilaporkan dalam kluster ini yang melibatkan semua warganegara Bangladesh,” katanya.

Kes-kes positif ini dikesan oleh sebuah klinik swasta yang telah menjalankan saringan covid-19 ke atas pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan. Saringan ini telah dijalankan sebagai inisiatif pihak majikan untuk menyaring pekerja mereka.

Secara keseluruhannya, daripada 150 pekerja bukan warganegara daripada syarikat tersebut yang telah disaring, 126 kes didapati negatif covid-19.

Tambahnya lagi, daripada 24 kes positif kluster ini, 20 daripada mereka menginap di sebuah asrama di Kuala Langat, Selangor dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, 4 kes lagi menginap di sebuah pangsapuri di Nilai, Negeri Sembilan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambil seperti mengenalpasti dan menjalankan ujian saringan covid-19 ke atas semua penghuni dan kontak rapat mereka termasuk pekerja bukan warganegara yang bertugas di unit lain.

Setakat ini, seramai 428 kontak rapat telah dikenalpasti dan disaring.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa