Siakap Keli

Penjual Daging Di Pasar Wuhan Yang Didakwa Lokasi Punca Penularan COVID-19 Kini Mula Berniaga Di Pasar Lain

Peniaga daging haiwan yang sebelum ini pernah berniaga di pasar basah di Wuhan, China dilaporkan telah membuka gerai mereka sendiri di tempat lain.

Menurut laporan Daily Mail, antara lokasi terbaru gerai yang dibuka semula itu adalah di North Hankou Seafood Market.

Salah seorang peniaga berkata, mereka terpaksa membuat keputusan tersebut disebabkan kegawatan ekonomi serta alami krisis pendapatan sejak pasar asal mereka, Huanan Seafood Wholesale Market ditutup berikutan dipercayai menjadi lokasi punca penularan virus Corona (COVID-19) tersebar ke seluruh dunia.

Huanan Seafood Wholesale Market ketika beroperasi sebelum ini. Gambar: Agensi

“Kami berpindah ke sini (North Hankou) selepas pasar Huanan ditutup pada 1 Januari.

“Saya terpaksa meneruskan perniagaan saya.

“Saya perlu terus hidup,” katanya kepada pemberita, memetik laporan Daily Mail.

Peniaga tersebut menjelaskan, ramai lagi rakan niaganya yang di pasar yang sama turut terjejas pendapatan mereka ekoran pasar Huanan ditutup.

Sementara itu, seorang peniaga lain, Zhang Lao’er mendakwa dia terpaksa buka semula pasarnya untuk menampung enam orang ahli keluarganya.

Zhang Lao’er mendakwa kini dia terpaksa menjual ketam-ketamnya di tepi jalan sahaja kerana terpaksa untuk tanggung sara hidup. Gambar: Agensi

“Saya sekarang menjual ketam di tepi jalan sahaja untuk survive.

“Perniagaan saya teruk sekali,” luah peniaga itu yang telah menjual ketam di Huanan sejak 2002 dahulu.

Imbas kembali, virus COVID-19 berpunca dari pasar di Wuhan

Mengimbas kembali, pasar Huanan Seafood Wholesale Market yang dipercayai menjadi lokasi punca penularan COVID-19 ke seluruh dunia telah diarahkan tutup pada 1 Januari lalu ekoran krisis wabak bermula.

Pakar-pakar dari Pusat Perlindungan dan Kawalan Penyakit China sebelum ini berkata, virus tersebut dipercayai tersebar kepada manusia daripada daging haiwan liar yang dijual di sana.

Selain itu ia juga adalah pasar yang sama turut pernah menjual pelbagai pilihan daging eksotik seperti musang, koala, buaya, anak serigala, salamander, ular, kelawar, tikus, landak dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang menunjukkan suasana asal pasar di Wuhan ketika sebelum diarahkan tutup.

Gambar: Agensi
Gambar: Agensi
Gambar: Agensi
Gambar: Agensi
Gambar: Agensi

Sumber: Daily Mail

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.