Siakap Keli

Ruang Rumah Sentiasa ‘Beraroma’, Berikut Antara Cara Mudah Buat Penyegar Udara Guna Bahan Semula Jadi

Dalam kesibukkan anda berkerja pasti anda kurang masa untuk memastikan rumah anda sentiasa berada dalam keadaan bersih dan mendatangkan bau yang menyenangkan. Dalam hidup seharian pasti anda mempunyai mood dan emosi yang tidak menentu. Oleh itu, bau yang menyenangkan akan mempengaruhi emosi dan mood anda.

Jangan risau, ada beberapa cara mudah yang boleh anda cuba untuk membuat penyegar udara anda sendiri di rumah hanya dengan menggunakan bahan semula jadi. Penyegar udara yang dibuat bergantung kepada bau dan aroma yang anda suka. Apa yang penting, ia terhindar daripada bahan kimia.

1. Epal, kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.

  • Potong epal ke dalam kepingan yang nipis.
  • Letakkan dalam balang dan tuangkan sedikit air.
  • Tambahkan beberapa batang kayu manis , beberapa bunga cengkih dan bunga lawang.
  • Hasil campuran ini akan menghasilkan bau yang menyegarkan.

2. Lemon, kapur, rosemary dan vanila.

(Rosemary dan Vanila mempunyai aroma yang sangat menyegarkan)

  • Ambil lemon kemudian potong lemon bersama dengan limau menjadi kepingan.
  • Masukkan ke dalam balang dan isi air
  • Akhir sekali, masukkan beberapa titis estrak vanila dan 3 tangkai rosemary.

3. Estrak lemon, thyme, pudina dan vanila.

(Bau thyme yang luar biasa dan d gabungkan dengan lemon dan pudina akan meningkan kesegaran)

  • Potong lemon ke dalam kepingan dan susun masuk kedalam balang.
  • Tuangkan sedikit air.
  • Kemudian, masukkan beberapa tangkai pudina dan thyme segar.(Anda boleh menggunakan daun thyme dan pudina kering yang mudah di dapati di pasar raya.)
  • Akhir sekali, masukkan beberapa titis estrak vanila.

4. Oren, halia dan badam.

( Campuran aroma manis dan pedas badam bersama oren akan menghasilkan kombinasi yang sempurna)

  • Potong oren ke dalam kepingan yang tebal.
  • Masukkan ke dalam balang.
  • Tuangkan sedikit air.
  • Masukkan beberapa kepingan lemon untuk hasilkan aroma yang segar

5. Timun, kemangi dan serai

(Aroma kemangi yang tajam di campurkan dengan kesegaran timun dan serai akan menjadi kesukaan anda)

  • Potong timun kepada beberapa keping.
  • Masukkan ke dalam balang dan tambahkan air.
  • Kemudian, tambahkan beberapa tangkai selasih atau kemangi kering.
  • Akhir sekali, titiskan beberapa minyak pati serai.

Sekarang anda boleh membuat penyegar udara anda sendiri di rumah dengan menggunakan bahan semula jadi ini. Mudah dan murah. Selamat mencuba.

Sumber: brightside.me

 

 

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa