Siakap Keli
Gambar: Mirror

Sedang Kelaparan, Dua Remaja ‘Istimewa’ Ditemui Terkurung Bersama Mayat Bapa

Dua remaja yang ditemui kelaparan dilaporkan telah terkunci dalam bilik bersama mayat bapanya yang terbaring berdekatan.

Polis Brisbane telah menemui mayat lelaki berusia 49 tahun itu di dalam sebuah rumah setelah menerima laporan berkenaan kematian seorang lelaki secara tiba-tiba pada hari Rabu.

Ketika pasukan polis berkenaan berada di dalam rumah, mereka terdengar suara orang menangis dari bilik tidur yang terkunci lalu menemui remaja yang berusia 17 dan 19 tahun itu.

Kedua-dua remaja tersebut yang juga penghidap autism, telah ditemui dengan memakai kain napkin sambil bermain-main di dalam bilik tersebut.

Seorang penduduk tempatan melaporkan bahawa kedua-dua remaja itu sering dikurung di dalam bilik mereka dan rumah mereka berbau ‘busuk’.

Halaman rumah mereka itu dipenuhi sampah, baldi bekas cat, pakaian, ketuhar gelombang mikro yang lama dan mainan.

Anggota paramedik telah pemeriksaan awal terhadap keadaan remaja tersebut dan mereka kemudiannya dilaporkan akan di bawa ke Prince Charles Hospital untuk rawatan lanjut.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa