Siakap Keli

Bisnes “Hatcheri” Terjejas Semasa PKP, Lelaki Nekad Lepaskan 600,000 Benih Udang Galah Dalam Sungai, Bantu Alam Pulih

Banyak pihak yang terkesan dengan penularan COVID-19 yang menyerang seluruh dunia ketika ini.

Baru-baru ini, Pejabat Perikanan Negeri Sembilan berkongsi pengorbanan pengusaha penternakan udang galah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam perkongsian itu, sebanyak kira-kira 600,000 benih udang galah telah dilepaskan di Sungai Rembau sekaligus menjadikan jumlah pelepasan benih yang tertinggi pada tahun ini.

Akibat penutupan kolam-kolam pancing sepanjang PKP dan PKPB, industri penternakan udang galah yang sebahagian besarnya bergantung kepada operasi kolam rekreasi telah mengalami kesulitan dalam pemasaran. Ia bukan sahaja menjejaskan para penternak udang galah, malah kepada pengusaha hatcheri.

Bagi mengurangkan risiko tanggungan kos asuhan benih yang tinggi, seorang belia usahawan hatcheri udang galah dari Lukut mengambil keputusan untuk melepaskan kira-kira 600,000 benih udang galah bernilai RM 48,000 di Sg. Rembau melalui Pangkalan Nelayan Sg. Timun.

Ini adalah jumlah pelepasan benih yang tertinggi pada tahun ini dan merupakan yang kali kedua, di mana pada dua minggu lepas, sebanyak 147,000 telah dilepaskan melalui pembelian benih tersebut oleh DOF sebagai satu usaha membantu usahawan, sekaligus dapat memulihara dan menambah populasi sang sepit biru di sistem Sg. Linggi ini.

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada En. Auf Hafiz atas sumbangan murni kepada alam, dan didoakan agar terus tabah menghadapi ujian. InsyaAllah, akan digantikan dengan rezeki yang lebih baik selepas ini.

Sumber: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.