Putrajaya, 30 Mei – Keputusan permohonan UPU bagi kemasukan ke institut pengajian tinggi awam boleh disemak bermula 3 Jun 2020 ini.
Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), keputusan boleh diakses bermula jam 12.00 tengah hari Rabu ini melalui beberapa saluran hebahan termasuk aplikasi UPUPocket 2.0.
“Sebanyak 205,972 permohonan bagi lepasan SPM telah diterima dan calon-calon ini terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politekniuk, Kolej Komuniti dan ILKA,” tulis KPT.
Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan bermula 3 Jun sehingga 10 Jun dalam tempoh 5 hari bekerja.
Pemohon ke UA, IPG dan Kolej Matrikulasi boleh membuat rayuan secara atas talian di UPUOnline Rayuan. Pemohon ke politeknik, kolej komuniti dan ILKA pula boleh membuat rayuan secara terus kepada agensi berkaitan.
Rujuk lampiran 1 untuk tarikh pendaftaran ke institut pengajian tinggi awam.
Sumber: KPT